Anda tentu pernah mendengar game berjudul Call of Duty 4: Modern Warfare. Atau mungkin anda tidak pernah dengar? Namun game tersebut memang lazim bagi para pemain game tegar di luar sana. Lagipun game tersebut memang sempurna dari aspek grafik dan permainan serta jalan ceritanya semenjak Call of Duty pertama pada sekitar tahun 2003. Apa yang menarik penulis tentang game tersebut adalah interaksi pemain dengan watak yang terdapat di dalam game seperti hidup. Ia merupakan yang pertama game seperti itu pada mulanya game diperkenalkan pada tahun tersebut.
Baiklah, bercerita tentang game Call Of Duty 4, penulis sebenarnya bukan hendak membuat review tentang game tersebut. Kerana game itu sudah lapuk bagi para gamers yang tahu Call Of Duty sebab ia telahpun keluar pada 2007 lepas. Lagipun review game tersebut memang sudah banyak berada dalam internet untuk dibaca. Apa yang penulis hendak ceritakan ialah satu kisah menarik tentang fakta sebenar di sebalik kejadian dalam game tersebut iaitu Bandar Hantu (Ghost Town) yang dipaparkan semasa bermain salah satu misi dalam game.
Kepada pemain yang pernah menamatkan game tersebut, anda tentu ingat satu misi yang melibatkan dua orang penembak hendap(sniper) bukan? Mereka telah melalui satu kawasan dan juga bandar yang telah kosong. Bagi anda mungkin ia adalah rekaan game sahaja, tetapi memang tempat tersebut wujud sebenarnya. Ia memang mengikut skala yang sebenar dan yang pastinya tempat itu memang wujud. Di bawah penulis sertakan gambar dalam game dan gambar sebenar untuk mengingat kembali tempat yang pernah dipijak dalam game tersebut.
Sama sebijik seperti tempat yang terdapat dalam game bukan? Di sini penulis ceritakan serba sedikit apa yang diketahui tentang bandar tersebut. Ia adalah sebuah bandar yang terletak di Ukraine, berdekatan sempadan Belarus. Bandar tersebut yang dinamakan Prypiat, telah dibina pada sekitar tahun 1970'an pada asalnya adalah penempatan bagi para pekerja Chemobyl Nuclear Power Plant. Ia telah dirasmikan sebagai bandar pada sekitar tahun 1979 dengan anggaran penduduk seramai 50,000 orang. Bandar tersebut mempunyai 13 ribu buah rumah dalam 160 bangunan, 20 buah sekolah rendah termasuk menengah, 1 hospital, 3 klinik, pasaraya, pusat membeli-belah, pawagam, taman tema, stadium, kilang, stesyen keretapi dan kesemuanya telah ditinggalkan kosong dalam masa dua hari sahaja.
Pada tahun 1989, berlaku satu insiden pencemaran radioaktif akibat kebocoran tenaga nuklear dari loji nuklear berdekatan. Ini kerana bandar tersebut terlalu dekat dengan pusat loji nuklear dalam beberapa kilometer lingkungan jarak dari bandar. Oleh kerana tahap radioaktif merbahaya semakin teruk, kesemua penduduk bandar telah dikeluarkan dan dipindahkan oleh kerajaan. Bandar pada asalnya cantik dan teratur, kini telah menjadi kosong, lengang dan usang. Mungkin pada masa depan orang akan melihat bandar ini sebagai bandar prasejarah seakan kita kini melihat bandar usang zaman purba seperti Machu Picchu di Peru atau Angkor Wat di Thailand.