12 November 2010

Bandar Hantu - Ghost Town

Anda tentu pernah mendengar game berjudul Call of Duty 4: Modern Warfare. Atau mungkin anda tidak pernah dengar? Namun game tersebut memang lazim bagi para pemain game tegar di luar sana. Lagipun game tersebut memang sempurna dari aspek grafik dan permainan serta jalan ceritanya semenjak Call of Duty pertama pada sekitar tahun 2003. Apa yang menarik penulis tentang game tersebut adalah interaksi pemain dengan watak yang terdapat di dalam game seperti hidup. Ia merupakan yang pertama game seperti itu pada mulanya game diperkenalkan pada tahun tersebut.

Baiklah, bercerita tentang game Call Of Duty 4, penulis sebenarnya bukan hendak membuat review tentang game tersebut. Kerana game itu sudah lapuk bagi para gamers yang tahu Call Of Duty sebab ia telahpun keluar pada 2007 lepas. Lagipun review game tersebut memang sudah banyak berada dalam internet untuk dibaca. Apa yang penulis hendak ceritakan ialah satu kisah menarik tentang fakta sebenar di sebalik kejadian dalam game tersebut iaitu Bandar Hantu (Ghost Town) yang dipaparkan semasa bermain salah satu misi dalam game.
Kepada pemain yang pernah menamatkan game tersebut, anda tentu ingat satu misi yang melibatkan dua orang penembak hendap(sniper) bukan? Mereka telah melalui satu kawasan dan juga bandar yang telah kosong. Bagi anda mungkin ia adalah rekaan game sahaja, tetapi memang tempat tersebut wujud sebenarnya. Ia memang mengikut skala yang sebenar dan yang pastinya tempat itu memang wujud. Di bawah penulis sertakan gambar dalam game dan gambar sebenar untuk mengingat kembali tempat yang pernah dipijak dalam game tersebut.





Sama sebijik seperti tempat yang terdapat dalam game bukan? Di sini penulis ceritakan serba sedikit apa yang diketahui tentang bandar tersebut. Ia adalah sebuah bandar yang terletak di Ukraine, berdekatan sempadan Belarus. Bandar tersebut yang dinamakan Prypiat, telah dibina pada sekitar tahun 1970'an pada asalnya adalah penempatan bagi para pekerja Chemobyl Nuclear Power Plant. Ia telah dirasmikan sebagai bandar pada sekitar tahun 1979 dengan anggaran penduduk seramai 50,000 orang. Bandar tersebut mempunyai 13 ribu buah rumah dalam 160 bangunan, 20 buah sekolah rendah termasuk menengah, 1 hospital, 3 klinik, pasaraya, pusat membeli-belah, pawagam, taman tema, stadium, kilang, stesyen keretapi dan kesemuanya telah ditinggalkan kosong dalam masa dua hari sahaja.



Pada tahun 1989, berlaku satu insiden pencemaran radioaktif akibat kebocoran tenaga nuklear dari loji nuklear berdekatan. Ini kerana bandar tersebut terlalu dekat dengan pusat loji nuklear dalam beberapa kilometer lingkungan jarak dari bandar. Oleh kerana tahap radioaktif merbahaya semakin teruk, kesemua penduduk bandar telah dikeluarkan dan dipindahkan oleh kerajaan. Bandar pada asalnya cantik dan teratur, kini telah menjadi kosong, lengang dan usang. Mungkin pada masa depan orang akan melihat bandar ini sebagai bandar prasejarah seakan kita kini melihat bandar usang zaman purba seperti Machu Picchu di Peru atau Angkor Wat di Thailand.

29 October 2010

5 Sebab Kenapa Perempuan Lari Dari Perhubungan

Hal ini sering terjadi kepada lelaki: anda telah menjadi pasangan  kepada seorang gadis selama beberapa bulan atau tahun dan semua hal  nampaknya berjalan dengan baik. Seperti kelakuan biasa, dia  ketawa pada lawak anda, bermesraan dengan anda, sering berhubung dan keluar  bersama. Hanya setelah tiba waktu anda mula terfikir kamu berdua  mungkin mempunyai masa depan yang bermakna bersama, woof! tiba-tiba dia  menghilangkan diri.


Apa yang telah terjadi? Sebenarnya, alasan perempuan untuk  menarik diri berbeza mengikut sikap perempuan itu sendiri. Hari ini,  kita berbincang dengan pakar dalam perhubungan serta kajian pada  para perempuan berkenaan 5 punca perempuan menghilang diri dan  ini agar boleh jadi rujukan pada lelaki untuk mengelak dari anda  kecewa dalam perhubungan.


Alasan 1: Ingin Mendapat Pinangan Dari Pasangan
"Selepas beberapa bulan, perempuan yang berfikiran komited akan  benar-benar membuat persediaan untuk melihat adakah anda sedang  usahakan menuju ke alam perkahwinan." Kata Ian Kerner, Ph.D  Penulis buku 'Be Honest-You're Not That Into Him Either'. Jika  dia telah memutuskan bahawa anda tiada sifat tersebut, dia lebih  rela berundur dari membazirkan waktu dan terus pergi dari hidup  anda.


Alasan 2: Seseorang Lebih Baik Telah Memintas
Kebenaran menyakitkan, namun kadangkala perempuan akan mendapat  tawaran yang lebih baik dari orang lain. Pakar dalam perhubungan,  Elizabeth Kuster, penulis buku 'Exorcising Your Ex' berkata  perkara ini sering terjadi pada kita terutama pada pasangan dalam  talian(jarak jauh) atau internet(online dating).


Alasan 3: Perasaan Asmara Telah Menurun
Sesetengah perempuan yang romantis, memang akan mabuk dilamun  cinta yang masih baru pada waktu awal musim percintaan. Namun,  setelah tempoh terlalu lama dan perasaan itu semakin surut,  mereka akan kehilangan minat. Ini adalah sebenarnya semulajadi,  tapi bagi yang berjiwa cinta mendalam, perhubungan mereka akan  boleh berterusan. "Hubungan akan terganggu setelah tiba waktunya  lelaki merasa selesa melepaskan gas atau mengorek hidung di depan  saya," Kata Jill Parkinson, yang ditemuduga. "Saya ingin teman  lelaki yang boleh membuat saya kagum, bukan sebagai teman yang  berkelakuan sebarangan."


Alasan 4: Belum Bersedia Untuk Lebih Serius
Anda memang baik.. tapi mungkinkah aku boleh dapatkan yang lebih  baik lagi? Mungkin bunyi agak kasar tapi soalan seperti ini  sering bermain di minda perempuan sehinggalah mereka memutuskan  untuk mencari di mana atau siapa yang lain di luar sana.  Elizabeth Kuster berkata, "Para wanita akan berfikir, si dia  adalah orang yang baik, tapi adakah dia yang terbaik?"


Alasan 5: Secara Tak Langsung Menyinggung Perasaannya
Perempuan sering mempunyai senarai yang tersimpan dalam hati  mereka tentang sikap atau sifat pasangan yang perlu dielak. Dan  jika anda adalah yang melakukan salah satu dari senarai tersebut,  dia mungkin akan angkat kaki bersedia untuk beredar. "Mungkin  bagi anda hanya melakukan perkara kecil seperti membahagikan  bayaran setelah makan malam - membuatkan dia terasa tidak dilayan  dengan sempurna," kata Dr. Kerner, "Malah dia akan terus beredar  tanpa berkata sebab, dari berbincang tentangnya." Oleh kerana  sikap perempuan adalah berubah-ubah, ia membuatkan hampir  mustahil untuk lelaki meramal apakah perkara yang boleh  membuatkan mereka tersinggung.


Kesimpulan
Berita baiknya, sebenarnya ada cara untuk membendung perkara ini  terus terjadi: Jika anda perasan bahawa pasangan anda mula  bersikap pelik apabila anda berbuat sesuatu, bertanyalah  tentangnya. Jika dia mengaku yang dia terasa apabila anda  membahagikan bil apabila membayar makan malam sebagai contoh  tadi, anda boleh bawa berbincang jika ada sebab tertentu anda  berbuat demikian. Manalah tahu sejarah teman lelaki dia sebelum  ini adalah seorang yang tidak mampu menanggungnya malah  menjadikan dia sebagai sumber kewangan dan dia tidak mahu  berulang kembali. "Jika anda berdua boleh berkomunikasi dengan  baik tentang apa yang berlaku, ia adalah petanda yang baik," kata  Elizabeth Kuster. "Selagi anda berdua boleh bersikap terbuka dan  jujur, anda berada di garisan yang betul."
Gambar Hiasan

26 October 2010

Nothing Perfect In Success - Tiada Yang Sempurna Dalam Kejayaan

Fuh.. Lama juga rasanya aku tidak menjenguk blog. Mungkin kerana sibuk dengan rutin harian seperti manusia-manusia hidup yang lain berpijak di bumi yang dikongsi bersama ini. Dalam mengerjakan tugasan dan perkara harian, kita kadangkala lupa tentang apabila berusaha macam sial sekalipun, takkan ada pulangan yang memuaskan dan pasti ia akan menjadi penyebab untuk membuatkan diri kita terasa jatuh dan kalah.
Aku kadang-kadang befikir sejenak, adakah success atau kejayaan wujud di kalangan kita? Apakah kejayaan yang sebenarnya? Dapat duit banyak? Harta? Pangkat? Status? Kemenangan? Menang dari segi apa? Apakah? Dapat pun kita perolehi segala yang dinyatakan tadi, hanya untuk sekelip mata saja.. Tidak akan berpanjangan.. Namun kegagalan, kejatuhan dan kehilangan samada sengaja atau tidak tetap tiba juga. Maknanya tiadalah sebenarnya kejayaan sebenar. Orang putih kata "Good things never last".

Success Kita Hari Ini, Masih Adakah Untuk Esok, Lusa, Dan Seterusnya?

Aku terkilan juga kadang-kadang bila aku melakukan satu perkara sebaik mungkin dan semampu yang aku terdaya, tapi apa yang aku dapat? Selalunya aku akan dapat sesuatu.. ya memang dapat.. tapi dapat tempat sebagai 'blame' atau tempat punca kesilapan yang berlaku sedangkan aku bukan sekadar mencuba tapi melakukan sebaik boleh untuk menjadi terbaik.

Memanglah ya, aku tidaklah melakukan perkara terbaik dan  sepanjang masa. Aku mengaku memang patut aku dipersalahkan dan ditegur atau dimarah 'wat-ever'lah saja atas kesilapan yang aku pernah lakukan. Ada kalanya kita perlahan dan ada kalanya kita memecut. Ada kalanya kita bersemangat, dan ada kalanya kita putus asa. Ada kalanya kita menang, ada kalanya juga kita kalah. Semua manusia seperti itu termasuk diri aku sendiri. Tapi dimanakah peluang untuk aku menunjukkan bukti aku juga boleh menjadi terbaik dalam perkara yang aku lakukan?

Perkara yang menyentuh perasaan aku ialah jika berlaku perbandingan perkara yang berlaku pada masa sekarang jika tidak memenuhi kehendak atau kurang dari seperti yang berlaku sebelumnya. Aku pun sudah menyatakan di atas tadi, "good things never last". Ya, dulu memang keadaan boleh dikatakan pulangan yang bagus dan memuaskan. Tapi adakah salahku jika perkara tersebut tidak lagi berlaku pada masa sekarang atau pada masa bila aku yang melakukannya? Effect yang berlaku pada masa sekarang adalah punca pada aku pada masa sekarang? Bukan pada sebelumnya?

Jika tidak faham, disini aku memberi satu contoh maksudnya:

Adakah wajar Obama dipersalahkan atas kesengsaraan di Iraq dan kematian ribuan askar Amerika sedangkan peperangan Iraq berlaku ketika pemerintahan Bush? Adakah ini bermakna Obama gagal? Sedangkan beliau success menjadi presiden Amerika.



Renung-renungkanlah... Wassalam..

12 October 2010

Wanita Lemah? Oh tidak lagi!

Mungkin perempuan adalah lemah berbanding lelaki, namun jangan dipandang sebelah mata. Kini tiada lagi istilah wanita hanya duduk rumah memasak dan jaga anak(masak dan jaga anak pun kerja berat juga), ramai sudah wanita sekarang memikul tugas-tugas seperti lelaki juga. Bukan saja sama taraf seperti lelaki, tapi ada yang lebih hebat berbanding lelaki!

Harini aku nak persembahkan pada anda semua hero-hero wanita yang ada di seluruh dunia. Walaupun mereka berkecimpung dalam bidang lelaki, conteng muka sekalipun, tetapi mereka tetap menawan dan cantik dipandang. Wanita juga adalah hebat!


Malaysia

Russia

Estonia

Belgium

Italy
Romania
Poland
Sweden
China
Jordan
Chile
Iran
Ukraine
Brazil
Pakistan

Algeria

France
Finland

Korea Utara

08 October 2010

Business Yang Terbaeeekk!

Duit duit duit duit...Duit? Semua orang suka duit. Tapi ada juga orang tak suka duit. Ya, memang ada sebab saya pernah terbaca semasa meluncur laju dengan papan surfing di internet tentang orang yang tak suka duit. Mereka kata duit ini penyebab banyak masalah timbul. Orang bergaduh kerana duit, membunuh kerana duit, bercerai kerana duit, perang kerana duit dan miskin kerana duit.

Oh, hari ini aku bukan nak cerita pasal duit. Tapi, oleh kerana duit terlintas di fikiranku ketika ini telah membuatkan otak aku terbuka satu teori tentang berkaitan dengan duit, iaitu Bisnes. Aku nak cerita pasal bisnes mengikut teori minda aku yang tak ada PHD atau Master dalam bidang bisnes. Aku tak kisah pun orang nak setuju atau tidak, asalkan aku ada teori yang nak dibentangkan.

Bercakap pasal bisnes ni, memang bukan mudah. Bisnes adalah perkara yang paling mencabar, namun bisnes adalah perkara utama dalam hidup kita sebagai manusia. Semua dalam kehidupan kita ini dikelilingi oleh bisnes. Ia juga adalah sumber utama bagi kehidupan manusia berjuta tahun sejak dari zaman Nabi dulu dah. Tapi, nak buat bisnes, bukan semua bisnes yang bagus dan mendatangkan hasil bagi kita. Sebab itulah perancangan bisnes dicipta. Kena rancang dulu kalau nak buat bisnes, jangan main tembak je.

Dalam teori aku la kan, bisnes yang terbaik sekali ialah bisnes ala' hidup atau mati. Hidup atau Mati???!!! Weeii.. takkan nak buat bisnes macam mafia kot.. Bukan lah.. Yang aku maksudkan tiada kena-mengena pun dengan mafia ataupun yakuza. Bisnes yang aku nak khabarkan ini ialah bisnes seperti ada dua pilihan je. Nak beli atau taknak sudah, berambus! Tapi kalau tak beli takleh pula nak berambus sebab aku perlukannya! Dah faham maksud 'hidup dan mati' bukan?

Contoh terbaik bagi bisnes kategori ini yang dah berdiri teguh seperti:
1. Telekomunikasi (celcom, hotlink, digi, etc) - siapa la yang takde hp skrg nih? nak call or sms mesti kena top-up dulu kan..
2. Transport (Airasia, MAS, RapidKL, etc) - nak gi mana2 kalau takde keta kena naik khidmat transport camni kan.. lagi2 lah kalau nak gi tempat jauh perlu terbang, takkan nak buat kapalterbang kertas kot..
3. Penghantaran (DHL, FedEx, ABX, etc) - nak hantar barang pegi Australia sanggup ke nak beli tiket hantar sendiri? Passport lagi?
4. Keselamatan (Securiforce, Securicor, etc) - takkan la nak suruh staff bank jaga sampai pagi bank tu?

Semua diatas adalah contoh yang aku terlintas dan banyak lagi contoh lain yang anda semua boleh fikirkan.

Orang kata bisnes yang terbaik ialah makanan. Tapi makanan orang boleh beli mana-mana, semua tempat ada jual makanan, taknak makan sini boleh makan sana. Makan kat rumah pun boleh la kan. Ada juga kata bisnes terbaik ialah pakaian. Sama juga macam kes makanan tadi, taknak beli kat sini, boleh beli tempat atau brand lain. Ada pula kata bagus buka kedai runcit barangan keperluan harian. Hmm.. tak payah lah aku nak eksplen lagi.. melambak dah cawangan Giant, Tesco, Jusco, Everise, etc.. lagi banyak barang jual kat sana.

Apapun bisnes yang anda nak lakukan, yang penting fikir dalam-dalam-dalam-dalam-sedalamnya dan jangan ikut orang lain. Ikut apa keyakinan dalam diri anda yang anda rasa boleh lakukan yang terbaik dari anda sendiri!

07 October 2010

Inilah Workstation Ku~

Hari ini aku tak tahu nak post apa jadi aku just nak bagi view tempat aku melepak dalam dunia internet yang luas ini. Tempat inilah kedai kakak ku dan aku kerja disini dan aku layan customer disini dan aku juga menyediakan servis merepair pc/laptop orang disini dan aku layan facebook disini dan aku juga mengepost blog ini disini pada saat ini.. :)

Inilah command centre aku ~heheheh~

Aku kerja kat sini dah hampir 1 tahun(2 bln lagi). Sebelum ini aku kerja sebagai technician komputer di sebuah kedai tapi biasalah kan, memang aku ini diguna sepuasnya dan aku rasa kat sana aku bukan sekadar technician komputer tapi terlalu meluas pula tugasnya. Pasang cctv, pasang doorlock, pasang alarmlock, pasang thumbprint, pasang networking, pasang punchclock, pasang projector sekali wallscreen, pasang windowblind, pasang meja kerusi, pasang water dispenser, pasang pasang pasang pasang.. surut je takde.. sebab tu juga aku berenti dan terus jumpa kakak aku offer diri nak kerja untuk dia.


 -Snapshot luar view senja dari depan pintu kedai -
Bangunan paling kanan dinamakan Wisma Sanyan yang tertinggi di Sarawak
 
Sekarang, pelik pula rasanya bila dah tiada perkara yang aktif macam dulu. Aku akan duduk, tunggu customer, layan customer, ambik order, bancuh air, hantar, duduk, online.... ulang lagi sampai waktu balik. Itulah manusia la kan, dah diberi kesibukan minta kesenangan, dah diberi kesenangan nak kesibukan pula. Semua orang sama lah saja kan. Apa-apapun, aku bersyukur masih boleh meneruskan hidup dengan sempurna tanpa kesengsaraan seperti di tempat yang betul-betul sengsara.

Aku ditemani gitar akustik yang antik

06 October 2010

Kehidupan Metropolitan a.k.a Living In A Fast Lane

Nak cerita? Cerita tentang apa? Semestinya cerita tentang si penulis la kan? Takkan nak cerita pasal orang lain kerana mereka mempunyai cerita mereka tersendiri yang aku tak tahu pun. Lagipun apa gunanya blog dan fungsinya. Sudah semestinya apa yang terkandung dalamnya memiliki info dan apa yang berkaitan dengan pemilik atau penulis blog la kan.

Baiklah, mulai sekarang saya nak menulis la mana-mana cerita yang saya ingat sepanjang hidup perjalanan sehingga sekarang. Mungkin agak kurang tersusun kerana ianya mengikut memori yang terlintas tika saat menulis blog yang setia ini.

Untuk kali ini, saya nak ceritakan sikit tentang kehidupan pertama aku sebagai penetap di bandar metropolitan Kolompo (KL). Setahun lamanya aku menghabiskan sisa hidupku menjadi penduduk KL dengan tujuan dan matlamat tetapi jalan yang kabur. Akhirnya menjadi sebagai doktor komputer. Memang aku tak dapat lari dari dunia komputer la agaknya. Cerita pasal komputer pulak, eh.. lain kali saja saya cerita pasal hidup saya dan komputer lah ye!


Aku snap pemandangan Pavillion berlatarkan KLCC dari Bukit Bintang
 Mulanya saya memijak kaki di KL, memang kekok la kan. Dari keadaan tempat sendiri yang sunyi, tenang, perlahan dan lengang, kepada tempat yang bising, sibuk, pantas dan sesak. Nampaknya perlu banyak perkara yang akan aku dipelajari di sana.

KL memang tempat yang boleh dikatakan 'Lubuk Emas' kerana di sana semua pengejar dan pemburu impian akan berkejar-kejar mendapatkan apa yang diimpikan. Namun begitu, jangan pula leka kerana di sana juga tempat ramai pendusta dan penyeleweng yang akan memperguna kesempatan pada si pemburu dan pengejar ini. Namun sepanjang aku di sana, tiada pula perkara tersebut berlaku. Alhamdulillah.

Inila rupa ruang tamu rumah abangku di Mahkota Cheras tempat ku menumpang
Hidup di KL telah banyak mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang perantau dan pendikari. Hati mestilah tabah dan cekal untuk mengharungi segala cubaan dan kepayahan untuk mengharungi detik harian sebagai penduduk metropolitan. Kesimpulannya, hidup disana jauh berbeza kerana semuanya perlu dilakukan lebih besar, kerap, pantas dan sewaktunya dari di tempat sendiri.

Abangku(kiri) dan aku(kanan) sempat pergi ke konsert ToTo di Cyberjaya
Contoh untuk 'lebih besar', di tempat asalku jika nak pergi bandar 2 minit boleh sampai. Itupun kalau kedai hanya 100 meter atau 1 kilometer dari rumah pun nak naik motor atau kereta. Tapi di KL, nak pergi ke destinasi bukan boleh dilakukan 2 minit dan berjalan kaki sejauh 5 kilometer pun bukan perkara aneh lagi. Masa aku di KL dulu, pergi dan balik kerja harianku boleh dikatakan 3 kilometer berjalan kaki. Tapi taklah jalan tanpa henti, memang dari rumah ke stesen bas atau LRT 1km, nak bertukar tren atau bas pula hampir 1km lagi, pergi balik lebih kurang lah 3 ke 4km. Kalau nak dikira jam perjalanan pergi kerja, hampir 1jam untuk pergi dan 1jam lagi untuk balik.
Pemandangan dari rumah kawanku yang terletak di tingkat 18, Hillpark Pantai Dalam.
Satu lagi kan, 'kerap'. Semua yang anda lakukan hari-hari tersebut akan berlaku berterusan selagi anda menetap di sana. Anda tiada ruang untuk beristirehat kerana anda perlu melakukan perkara dengan lebih fokus dan bersemangat. Macam di tempat sendiri masih boleh lepak kedai kopi walaupun dalam kerja yang sibuk. Ada pula yang balik rumah sempat tidur lepas lunchbreak!

Last sekali, 'pantas'. Apa sahaja yang berlaku di sana semuanya bergerak pantas. Masa, kelakuan, perbuatan, tugas, manusia dan apa sahaja yang berkaitan. Selama aku kerja di KL sebagai Teknikal Komputer di PCzone LowYat Plaza, semua perlu dilakukan dengan pantas. Pemasangan satu unit PC kenalah dilakukan dalam 15 minit paling lewat 30 minit untuk PC yang lebih kompleks. Kalau tak siapa nak siapkan 50 lagi PC yang menunggu untuk dipasang? Hari-harilah begitu, kedai komputer memang macam kedai ikan, orang beli komputer macam beli ikan! Masa juga tidak terasa, pagi bertemu petang, malam bertemu siang semua tidak terasa. Berjalan pula tidak boleh berlenggang, kalau tak memang akan tertinggal.

Inilah kerjaku masa di KL selain bermain di Club sebagai pemain bass bersama Abangku
Mungkin ia seperti tidak logik atau susah nak percaya bagi yang belum pernah bermastautin di dunia KL. Tapi bagi yang pernah, anda sememangnya akan setuju dengan apa yang saya ceritakan di sini.

Sampai disini saja untuk kali ini, apa pun yang berlaku pepatah ini takkan dilupa, "Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang".

05 October 2010

Just My Thoughts

Tiada apa yang perlu dirisaukan di dunia ini sebenarnya kerana setiap apa yang berlaku pasti ada penyelesaian dan sebab yang perlu kita cari dan kaji. Mungkin orang selalu menganggap sikap seperti ini adalah negatif atau bak kata orang puteh “just take it for granted” tapi, kadang-kadang perkara yang hendak berlaku atau terjadi memang sudah nak jadi pun walau apa cara sekalipun kita lakukan untuk mengelaknya dari berlaku.

Ia juga adalah salah satu yang perlu kita pelajari dengan sendiri melalui pengalaman dan kejadian yang pasti dan mesti berlaku, kerana semua dalam hidup ini ialah pelajaran yang kita tidak dapat belajar dari orang lain, cikgu ataupun institusi yang paling tinggi sekalipun tidak akan ada matapelajaran untuk menempuhi cabaran dalam kehidupan.


Akhir kata, beranilah untuk tempuhi kehidupan ini tanpa ragu-ragu, jika mahu terus hidup di dunia yang penuh pancaroba ini. Kerana itulah realiti kehidupan.

Sekian..

28 September 2010

MMO (Massively Multiplayer Online) Game - Blitz 1941

Hari ini aku nak buat review pasal satu game yang aku telah layan semenjak 3 minggu lepas. So far inilah 1st game MMO yang aku join selama 10 tahun aku menceburi dunia internet. Bermacam dah aku buat semenjak tahun 2000 dengan dunia online sebelum ini - Dunia Chatroom (sbg. founder chatroom #Kpgbandong di MiRC), Dunia komuniti (pencipta http://communities.gengsidakbandong.net - dah closed dah), Dunia Forum (sbg Gurubesar di http://kpgbandong.niceboard.net/ - page dah kurang aktif disebabkan FB), Dunia Website (Webmaster untuk http://www.kodgitar.webs.com/, http://www.good4money.webs.com/, http://www.duitkliksahaja.webs.com/, http://www.kakigame.webs.com/), dan yang terbaru sekali ialah penghasilan blog ini.

Okay, tanpa membuang masa, teruskan ke review tentang Blitz 1941 ini. Ianya adalah sebuah game dihasilkan oleh developer dari Korea, dan pernah menutupkan server untuk jangka masa yang tertentu sehinggalah kini dibuka kembali melalui server yang baru atas permintaan peminat game tersebut. Untuk pengguna pertama, anda perlulah register untuk Username dan password untuk Login ke game tersebut. Username itu akan digunakan untuk mengenalpasti pemain yang ada dalam game itu nanti. Bolehlah daftar di http://www.twowar.com/ untuk Username dan Password anda di sana.

Game ini bertemakan perang dunia ke-2, dimana ia berlaku semasa pertarungan German dan Soviet pada masa itu. Anda akan diberi pilihan sama-ada anda join German atau Soviet untuk pertama sekali anda menggunakan User anda. Dan ia hanya sekali pilihan saja.



Map pilihan kawasan perang mengikut level anda
  Apa yang menarik tentang game ini ialah tentunya pertarungan yang melibatkan pengguna di serata dunia! (kebanyakkan nya pemain dari Korea). Kebiasaan kita bermain dengan musuh yang bodoh dicipta dari komputer dengan tindakan yang telah ditetapkan dan dengan gaya yang sudah dijangka. Memang bosan bukan? Tapi dengan MMO ini, anda akan berdepan dengan musuh yang berfikiran seperti anda! Berlawan dengan sesama otak manusia memang beza dengan musuh dari otak komputer. Ia benar-benar menentukan samada anda bijak atau tidak dari orang lain. Yalah, kalau otak komputer kita sudah tahu ia akan belok sana boleh sini, tembak sana tembak sini, semua sudah dijangka caranya berbanding otak manusia yang kita tidak boleh jangka pemikiran mereka.


Dari segi grafik, saya boleh katakan 8 / 10. Oleh kerana game ini menggunakan talian online, ia perlulah sejajar dengan kelajuan internet dan komputer anda. Jika grafik terlalu tinggi, mungkin susah hendak dimain kerana keperluan hantaran data yang sangat tinggi melalui internet. Jika offline tidak mengapa jika grafik tinggi. Namun begitu, ini adalah antara game online yang tinggi grafiknya.

Saat pertarungan antara pemain dalam Blitz 1941

Gaya permainan adalah mudah dipelajari dan ia juga menyediakan Tutorial bagi pemain beginers. Sekiranya anda tahu tentang Dota (Warcraft) anda akan tahu corak permainan game ini juga. Namun dalam game Dota, anda akan mengatur watak anda untuk satu-satu sesi dan tiada perkara yang kekal. Setelah selesai dan anda quit, untuk bermain lagi akan terpaksa mengatur kembali watak anda dari mula. Tetapi Blitz 1941, anda akan mengatur Tank anda dan ia akan kekal walaupun anda sudah keluar dari game.

Inilah yang menarik tentang game ini. Modification dan Upgrades. Saya memang suka apa sahaja perkara yang melibatkan ubahsuai dan upgrades. Anda boleh mengatur segala ubahsuai Tank anda untuk mengikut citarasa dan ciri-ciri yang sesuai dengan corak permainan anda. Anda boleh beli, trade-in Tank anda, beli peralatan untuk dipasang sperti Armor, Oil pump dan macam lagi dan ia ada kegunaan masing-masing untuk menjadikan Tank anda sehebat atau lebih hebat dari musuh.

Weapon Shop untuk beli, ubahsuai dan upgrade tank anda
Untuk bermain game ini, anda boleh lawati http://www.twowar.com/ dan download Blitz 1941 di sana. Mereka juga menyediakan 2 lagi game lain iaitu BlackShot (First-Person Shooter) dan NavyField (Sama seperti Blitz tapi perang kapal di laut) namun saya lebih berminat dengan Blitz 1941. Untuk Blitz 1941, saiz file download adalah 167MB. Jika movie 700mb anda boleh download, kenapa tidak untuk 167mb saja kan?

Baiklah, sampai disini sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca review saya kali ini. Kepada kaki game di luar sana, bersedialah untuk menceburi pertarungan yang hebat di dalam Blitz 1941!

18 September 2010

Confused Life Changing Events

Salam semua pembaca, hari ini aku nak becerita tentang isi hati yang selama ini terpendam terperam tenggelam di dasar hatiku ini. Selama ini aku memang biarkan saja ia kerana malas hendak memikirkan keadaan yang berlaku kerana saya anggap ia hanyalah perkara biasa dan akan hilang atau dapat diatasi begitu sahaja cuma masa yang menentukannya. Tapi ia asyik datang bermain di dalam mindaku ini.

Aku rasakan mungkin setiap manusia akan mengalami situasi yang sama seperti yang aku rasa sekarang. Ataupun tidak? Mungkinkah orang yang tertentu sahaja yang akan merasakan perkara ini? Adakah aku 1 dalam 90 ribu orang? Apapun yang difikirkan, sememangnya mengelirukan minda yang sedang berfikir.

Aku terbaca satu artikel dalam internet berbunyi "..kehidupan kita dibentuk melalui kejadian perubahan dalam kehidupan - iaitu perkara yang tidak akan berlaku sama lagi. Ada perubahan ke arah yang bagus, ada juga perubahan ke arah yang tidak baik. Tapi apa pun antara keduanya, ia merubah kehidupan anda! Kadang-kadang ia berjalan lancar, tapi kebanyakannya akan memberi haluan kita sesat, hilang arah dengan tanpa hala tujuan.." Artikel tersebut telah memberi aku jawapan yang aku tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku atas diriku selama ini.



Artikel pendek yang anda baca itu tadilah yang telah dihadapi aku saat ini. Seperti sebelum ini, aku memiliki kehidupan yang sangat berlainan dari sekarang. Aku memang maksudkan SANGAT berlainan. Segala keputusan terletak di tanganku sendiri samada mahu atau tidak mahu, apa sahaja yang aku lakukan tidak dinilai oleh sesiapa, akibat baik atau buruk berlaku aku sendiri yang terima dan tanggung, tiada siapa pun yang ambil peduli apa yang aku ingin tentukan dan lakukan.

Namun sekarang semuanya telah berubah. Bukannya maksud aku tidak mahu berubah, tapi perubahan ini terlalu ketara dan singkat membuatku terasa bahang perubahan kehidupan ini. Segala yang berlaku atau yang aku ingin lakukan terpaksa dipastikan benar-benar adakah perlu atau tidak, apa yang aku ingin lakukan semua bukan keputusan penuh oleh aku namun bukan kerana disuruh oleh sesiapa, tapi aku sendiri yang menyekat keadaan aku seperti ini. Kerana sekarang apa-apa yang berlaku atau akibat bukan aku sendiri sahaja yang merasa, tetapi orang persekitaran aku. Seperti sebelum ini, aku hidup dalam orang-orang yang tidak endahpun apa yang masing-masing lakukan ibarat sendiri buat sendiri tanggung, tapi sekarang aku berada dalam persekitaran orang-orang yang sangat mengambil berat atas apa yang masing-masing lakukan.

Aku masih janggal dengan keadaan seperti ini. Segalanya telah membuatku semakin jauh dengan apa yang aku lalui selama ini. Kehidupan sosialku semakin jauh, aku hidup jauh dari kenalan atau rakan, tiada komunikasi dengan orang luar seperti dulu, rutinku telah berubah atau semakin ditinggalkan seperti kehidupan muzik ku, gitarku sudah lama tidak disentuh, aktiviti jamm session aku sudah tidak dikuti, aku sudah tidak tahu lagi perkembangan dunia persekitaran ku apa yang berlaku terhadap orang-orang yang aku kenal, aku ibarat hidup di dunia perantauan tapi di tempat sendiri. Dulu aku hidup dengan mengejar sesuatu sasaran, cita-cita, impian dan keinginan. Tapi kini dalam minda aku berkata aku memang tidak mampu lagi untuk memiliki impian, cita-cita atau sesuatu untuk dicapai dalam hidup kerana keadaan persekitaranku yang telah terbatas dan terhad. Apa yang berlaku, adalah atas apa yang dilakukan untuk saat itu semata-mata, tiada lagi kesanggupan mengharungi risiko untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Kini, maksud pencapaian dalam diriku adalah mengatasi apa yang berlaku untuk hari itu dan hari esoknya adalah kisah yang lain untuk dilalui. Maknanya aku hanya perlu mengatur kehidupan untuk apa yang berlaku sekarang, bukan masa depan.


Aku tahu, tiada siapa pun yang akan faham perasaan aku ini. Mungkin ada sesetengah yang membaca artikel ini akan dapat membuat kesimpuan yang mudah atau mengkritik apa yang aku rasakan ini. Aku tidak faham orang yang suka mengkritik apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan baca. Bagi mereka semua perkara mudah sehinggalah mereka sendiri yang mengalaminya. Saat itulah baru orang akan faham situasi.

Sampai di sini sahaja penulisan aku kali ini. Diharap aku akan dapat melalui perubahan hidup yang aku alami ini dengan lancar. Amin

07 September 2010

Website baru

Saya dah cukup lama tak menulis blog, sebab sibuk menghasilkan website terbaru dan mengaturkan sikit2 website yang terdahulu sebelumnya. Sebenarnya saya saja nak buat website nak tambah koleksi la katakan. Ye lah, asyik2 maintain website yang sama je kan. Sekarang saya nak khabarkan dalam blog ni website saya yang telah membuat saya sibuk menyibuk dalam internet kebelakangan ini.

http://www.kakigame.webs.com/


Boleh la tahan masa diambil untuk menyiapkan website ni. Lagi satu, saya pun pada masa yang sama sibuk membaikpulih website saya yang lagi satu sebab tu lah lambat siap.

http://www.kodgitar.webs.com/



Namun website ni malang sekali iklan Google AdSense nya kadang-kadang tidak kelihatan di page yang utama. Padahal trafik hit nya boleh cecah 90+ visitor setiap hari. Sayang betol lah saya dgn website tu sedangkan banyak pengunjung tapi iklan AdSense nya tak keluar pulak. Itulah saya tengah usahakan nak perbetulkan keadaan dan masalah dalam website tersebut. Ranking dalam Google pun kalau search "Belajar Kod Gitar" memang mencapai #1 ranking dah tu.. perrh.. rugi kan.. tapi tak mengapa.. saya akan cuba cari jalan nak memajukan AdSense saya agar hidup senang sentiasa.

Nak dijadikan cerita tentang Adsense ni, saya terbaca satu blog di mana ia menerangkan web publisher yang tertinggi menjana pendapatan melalui AdSense. Salah satu nya ialah Kevin Rose, pemilik website http://www.digg.com/ dan ia memperoleh pendapatan melalui kaedah AdSense dalam website nya lebih kurang $250 Ribu sebulan... SEBULAN! Ini adalah laporan dari Google sendiri dan bukan rekaan. Kalau kita RM100 ribu belum tentu boleh dapat untuk setahun gaji.. tapi dia boleh dapat dalam sebulan saja. Menakjubkan bukan?

Baiklah.. sekarang saya nak letak gambarajah perjalanan pendapatan AdSense saya di bawah pula. Inilah laporan terkini pendapatan yang saya perolehi. Nampaknya ada peningkatan pendapatan dari post saya yang pertama lepas dan sekarang sudah mencecah $78.31. Semoga saya nanti akan berjaya seperti publisher yang lain di luar sana!