26 October 2010

Nothing Perfect In Success - Tiada Yang Sempurna Dalam Kejayaan

Fuh.. Lama juga rasanya aku tidak menjenguk blog. Mungkin kerana sibuk dengan rutin harian seperti manusia-manusia hidup yang lain berpijak di bumi yang dikongsi bersama ini. Dalam mengerjakan tugasan dan perkara harian, kita kadangkala lupa tentang apabila berusaha macam sial sekalipun, takkan ada pulangan yang memuaskan dan pasti ia akan menjadi penyebab untuk membuatkan diri kita terasa jatuh dan kalah.
Aku kadang-kadang befikir sejenak, adakah success atau kejayaan wujud di kalangan kita? Apakah kejayaan yang sebenarnya? Dapat duit banyak? Harta? Pangkat? Status? Kemenangan? Menang dari segi apa? Apakah? Dapat pun kita perolehi segala yang dinyatakan tadi, hanya untuk sekelip mata saja.. Tidak akan berpanjangan.. Namun kegagalan, kejatuhan dan kehilangan samada sengaja atau tidak tetap tiba juga. Maknanya tiadalah sebenarnya kejayaan sebenar. Orang putih kata "Good things never last".

Success Kita Hari Ini, Masih Adakah Untuk Esok, Lusa, Dan Seterusnya?

Aku terkilan juga kadang-kadang bila aku melakukan satu perkara sebaik mungkin dan semampu yang aku terdaya, tapi apa yang aku dapat? Selalunya aku akan dapat sesuatu.. ya memang dapat.. tapi dapat tempat sebagai 'blame' atau tempat punca kesilapan yang berlaku sedangkan aku bukan sekadar mencuba tapi melakukan sebaik boleh untuk menjadi terbaik.

Memanglah ya, aku tidaklah melakukan perkara terbaik dan  sepanjang masa. Aku mengaku memang patut aku dipersalahkan dan ditegur atau dimarah 'wat-ever'lah saja atas kesilapan yang aku pernah lakukan. Ada kalanya kita perlahan dan ada kalanya kita memecut. Ada kalanya kita bersemangat, dan ada kalanya kita putus asa. Ada kalanya kita menang, ada kalanya juga kita kalah. Semua manusia seperti itu termasuk diri aku sendiri. Tapi dimanakah peluang untuk aku menunjukkan bukti aku juga boleh menjadi terbaik dalam perkara yang aku lakukan?

Perkara yang menyentuh perasaan aku ialah jika berlaku perbandingan perkara yang berlaku pada masa sekarang jika tidak memenuhi kehendak atau kurang dari seperti yang berlaku sebelumnya. Aku pun sudah menyatakan di atas tadi, "good things never last". Ya, dulu memang keadaan boleh dikatakan pulangan yang bagus dan memuaskan. Tapi adakah salahku jika perkara tersebut tidak lagi berlaku pada masa sekarang atau pada masa bila aku yang melakukannya? Effect yang berlaku pada masa sekarang adalah punca pada aku pada masa sekarang? Bukan pada sebelumnya?

Jika tidak faham, disini aku memberi satu contoh maksudnya:

Adakah wajar Obama dipersalahkan atas kesengsaraan di Iraq dan kematian ribuan askar Amerika sedangkan peperangan Iraq berlaku ketika pemerintahan Bush? Adakah ini bermakna Obama gagal? Sedangkan beliau success menjadi presiden Amerika.



Renung-renungkanlah... Wassalam..

No comments: