Baiklah, mulai sekarang saya nak menulis la mana-mana cerita yang saya ingat sepanjang hidup perjalanan sehingga sekarang. Mungkin agak kurang tersusun kerana ianya mengikut memori yang terlintas tika saat menulis blog yang setia ini.
Untuk kali ini, saya nak ceritakan sikit tentang kehidupan pertama aku sebagai penetap di bandar metropolitan Kolompo (KL). Setahun lamanya aku menghabiskan sisa hidupku menjadi penduduk KL dengan tujuan dan matlamat tetapi jalan yang kabur. Akhirnya menjadi sebagai doktor komputer. Memang aku tak dapat lari dari dunia komputer la agaknya. Cerita pasal komputer pulak, eh.. lain kali saja saya cerita pasal hidup saya dan komputer lah ye!
Aku snap pemandangan Pavillion berlatarkan KLCC dari Bukit Bintang |
KL memang tempat yang boleh dikatakan 'Lubuk Emas' kerana di sana semua pengejar dan pemburu impian akan berkejar-kejar mendapatkan apa yang diimpikan. Namun begitu, jangan pula leka kerana di sana juga tempat ramai pendusta dan penyeleweng yang akan memperguna kesempatan pada si pemburu dan pengejar ini. Namun sepanjang aku di sana, tiada pula perkara tersebut berlaku. Alhamdulillah.
Inila rupa ruang tamu rumah abangku di Mahkota Cheras tempat ku menumpang |
Abangku(kiri) dan aku(kanan) sempat pergi ke konsert ToTo di Cyberjaya |
Pemandangan dari rumah kawanku yang terletak di tingkat 18, Hillpark Pantai Dalam. |
Last sekali, 'pantas'. Apa sahaja yang berlaku di sana semuanya bergerak pantas. Masa, kelakuan, perbuatan, tugas, manusia dan apa sahaja yang berkaitan. Selama aku kerja di KL sebagai Teknikal Komputer di PCzone LowYat Plaza, semua perlu dilakukan dengan pantas. Pemasangan satu unit PC kenalah dilakukan dalam 15 minit paling lewat 30 minit untuk PC yang lebih kompleks. Kalau tak siapa nak siapkan 50 lagi PC yang menunggu untuk dipasang? Hari-harilah begitu, kedai komputer memang macam kedai ikan, orang beli komputer macam beli ikan! Masa juga tidak terasa, pagi bertemu petang, malam bertemu siang semua tidak terasa. Berjalan pula tidak boleh berlenggang, kalau tak memang akan tertinggal.
Inilah kerjaku masa di KL selain bermain di Club sebagai pemain bass bersama Abangku |
Sampai disini saja untuk kali ini, apa pun yang berlaku pepatah ini takkan dilupa, "Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang".
No comments:
Post a Comment