19 March 2011

Pilihan Pilihan Dan Pilihan, Masih Salah Juga..

Selamat malam, kerana sekarang sudah lewat malam. Malam yang dingin ini, setelah penat lelah mengerjakan perkara di siang hari, aku tiba-tiba terasa ingin merapu di dalam Blog kerana sudah lama tidak merapu. Haha.. Bukanlah tujuan untuk merapu yang bukan-bukan. Cuma ia datang sendiri di dalam kepala otak. Mungkin akibat terlalu lama memendam keinginan yang selalu tidak tercapai kot?
Seringkali kita dengar di mana sahaja tentang berlakunya situasi begini:-
"Aku ingin atau mahu buat begini..." kemudian satu ketika "..Alamak, tak boleh nak teruskan.." atas sebab bukan kemahuan orang lain (keluarga or kawan).
Tidak kira apa jua bentuk samada dari segi karier, pekerjaan, minat, kemahuan, kesukaan, semuanya pasti ada salah satunya bukan dari pilihan diri sendiri. Mengapa ini terjadi? Pastinya kita semua takkan boleh jawab, termasuk diri aku.

Kita diberi akal fikiran dan kebijaksanaan melalui anugerah dari Tuhan iaitu Otak untuk menentukan dan memilih apa yang terbaik untuk diri kita, namun pilihan tidak semestinya datang dari diri kita. Ia selalunya disebabkan oleh faktor persekitaran diri seseorang itu. Semasa aku masih bersekolah pernah Ustaz menerangkan satu sabda dari Rasulullah:

 "..berkawanlah dengan penjual minyak wangi walaupun tidak membelinya, anda dapat juga harum wanginya, berkawanlah dengan tukang besi walaupun anda tidak terkena percikan apinya, tapi dapat juga bau dari asapnya..".
Perkara di atas merujuk pada situasi untuk berkawan. Memang jika difaham sekali imbas, ia adalah untuk memberi kita pemahaman bahawa seseorang itu akan mendapat tempias juga dari orang yang mereka dekati. Ini bermakna kita perlu memilih dengan siapa kita berkawan. Itu pemahaman formal. Tetapi bagaimana kita mahu mengelak jika si penjual besi itu yang datang mendekati kita? Sedangkan kita juga tidak mahu diri terkena percikan api atau berbau asap?
Itu adalah salah satu contoh sebagai penjelasan dari dalam fikiranku. Bagaimana pula dengan perkara yang lebih rumit seperti perkara lain yang melibatkan tanggungjawab masyarakat, keluarga, karier atau diri sendiri? Sudah tentu kita masih boleh memilih 100%. Paling tidakpun, memang kita pilih, tetapi Tuhan yang menentukan.

Sekian dariku, Wassalam..