10 June 2019

Suami Sepenuh Masa? atau Suami Malas Bekerja?

Sindrom lelaki malas bekerja semakin menjadi-jadi hari ini. Mungkin ada kaitan dengan pencapaian golongan wanita hari ini. Taraf pendidikan yang lebih tinggi telah menyaksikan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan pelbagai aktiviti perniagaan.

Ini bertambah rancak apabila, golongan hawa dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran ekonomi.

Banyak terjadi kes, suami menjaga anak di rumah dan isteri bekerja. Golongan ini boleh dikatakan sebagai 'Suami sepenuh masa'. Namun demikian, keadaan menjadi tidak sihat apabila suami hanya makan dan tidur di rumah tanpa menghiraukan urusan kerja rumah dan anak-anak.

Jika berterusan, fungsi institusi keluarga akan terganggu. “Kembali kepada ajaran Islam, lelaki yang wajib mencari nafkah dan bukan sebaliknya. Isteri hanya membantu dan memberi sokongan kepada suami.’’

Perempuan terpaksa melibatkan diri untuk bekerja dan mencari rezeki. Kesannya, rumahtangga yang memerlukan seseorang untuk mengurus dan menjaga hal ehwalnya serta mendidik anak-anak tidak dapat dipenuhi. Malah, rumahtangga menjadi tidak terurus. Rumahtangga yang sepatutnya menjadi sumber kebahagiaan, pencetus kedamaian, tempat berehat dan berkumpul, kini bertukar menjadi punca masalah dan kacau bilau.

Justeru, harus dinyatakan bahawa hukum suami menjadi suri rumah adalah tidak digalakkan jika tidak diredhai oleh isteri.  Suami hendaklah sentiasa berusaha dan mencuba untuk mencari pekerjaan dalam menafkahkan kepada isteri serta keluarganya sebaik mungkin.

-Askry-2019-

09 August 2011

Kereta Usang Nilainya Berjuta

Dalam kerajinan mencari maklumat melalui internet, tidak kira apa samada mencari teknik, tips-tips, lagu terbaru, berita mahupun aktiviti semasa, aku terjumpa pula tentang satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Artikel ini sudah lama aku temui dan aku telah save ke dalam folder dokumen sehinggalah hari ini, aku ingin terjemahkan ke dalam blog ini. Semoga para pembaca blog akan mendapat manfaat dan pengetahuan dari entri blog kali ini.

Memang menjadi sesuatu yang berbaloi apabila ada sebuah kenderaan yang berkurun lamanya terbiar di dalam bengkel usang atau simpanan stor telah dijumpai semula -- dan ia telah menjadi barangan sangat bernilai!


Sebagai pembuka artikel dengan apa yang dimaksudkan, sebuah kereta Bugatti Supercharged ini telah diletakkan di dalam garaj oleh pemiliknya pada sekitar tahun 1960'an. Namun dengan sebab yang tertentu ia telah ditinggalkan di situ hampir setengah kurun.
Kemudian pada Febuari 2009, kereta tersebut telah dilelong dan dijual pada harga USD 4.4 juta!

Tapi kenapa boleh terjadi sebuah kenderaan bernilai sehingga 4 juta tidak diketahui sesiapa bertahun-tahun lamanya? Dalam beberapa kes, ada kereta yang tidak berapa dipedulikan oleh pemiliknya pada saat ia disimpan di dalam garaj atau stor dan telah dilupakan. Hanya apabila beberapa puluh tahun kemudian, apabila seseorang yang tahu nilai kereta telah meneroka garaj atau stor tersebut dan menjadi penemuan yang penuh berharga. Apa yang para pencinta kereta tahu, konsep penemuan ini digelar "Barn Find" adalah seperti satu dongeng, tetapi tidak seperti cerita Big Foot atau Duyung, cerita penemuan kereta bernilai ini memang wujud!

Mari kita lihat lagi kereta-kerta lain yang pernah menjadi penemuan berharga dan bersejarah ini.

1964 Shelby Cobra: USD 650,000

Kereta Shelby Cobra ini telah disimpan di dalam sebuah bangsal pada awal tahun 70'an dan sehinggalah pada tahun 2004, kereta tersebut telah dibeli oleh seseorang dan dibaik-pulih oleh pemiliknya. Kereta tersebut telah disenaraikan oleh juru lelong dengan harga antara $525,000 hingga $625,000.

1948 Tucker: USD 800,000

Tucker adalah antara kereta yang susah dijumpai kini. Ia hanya sempat dikeluarkan 51 unit sehinggalah kilang syarikat menghentikan operasi pembuatan pada 1949. Yang dalam gambar ini telah menghabiskan 50 tahun di dalam garaj tanpa diketahui sesiapa. Tidak berapa diketahui mengapa kereta tersebut dibiarkan berkunci di dalam garaj pada 1956, padahal pemilik kenderaan itu ialah diketahui umum seorang peminat Tucker. Sehinggalah saat kematian pemiliknya, garaj tersebut dibuka dan dikeluarkan dengan meter jarak hanya menunjukkan 10,000 batu sahaja perjalanan. Pada jualan lelongan tahun lepas, ia telah dibeli dengan harga $800,000.

1965 Ford GT40: USD 600,000

Ford GT40 Roadster prototaip ini, adalah salah satu dari 5 unit yang pernah dikeluarkan. Ia dianggap telah dijual dengan diasingkan bahagian-bahagiannya sedekad yang lalu. Sehinggalah pada 2006, ia telah diketahui dan ditemui tersadai di dalam gudang di London dengan beberapa bahagian yang semestinya telah hilang. Namun ia telah dibaikpulih dan kini dianggarkan bernilah antara $500,000 ke $600,000. Ia dijangka akan dilelong pada bulan ini.

1953 Ferrari 212 Inner Coupe: USD 660,000

Kereta ini telah ditukarmilik oleh beberapa orang semenjak ia mula-mula dipamerkan di 1953 Turin Motor Show. Akhirnya pada pertengahan tahun 1980'an, ia telah di simpan di sesuatu tempat di barat Amerika. Menurut AM Auctions, ia telah ditinggalkan beberapa tahun. Pada bulan Mac lepas, kereta tersebut telah dijual dengan harga $660,000 di AM Auctions.


1958 Porsche Speedster: USD 150,000

Kereta Porsche Speedster yang berharga ini pernah dijadikan muka depan oleh penulis Tom Cotter, telah dibiarkan sehingga dilitupi oleh habuk pasir selama 30 tahun sehinggalah pemiliknya menjual kereta tersebut pada 2007. Kereta ini telah mencecah $150,000 pada hari ini . Dan nilai ini bukanlah harga setelah ia dibaikpulih. Sesetengah pengumpul kereta lebih gemar membiarkan ia dalam keadaan yang tidak diusik dimana ia digelarkan mereka sebagai telah diawet, atau "Kereta Yang Asli".

Jadi, kepada anda yang memiliki kereta antik atau klasik yang usang pernah dimiliki oleh nenek datuk moyang anda satu ketika dulu, simpanlah atau baik-pulihkan. Siapa tahu jika ia adalah antara golongan kereta yang bernilai jutaan ringgit.

P/s: Motorsikal pun boleh jadi berjuta ringgit ke?

14 July 2011

Baby Pertamaku - I'm Daddy Now

Memang lama sudah aku tak buka dan menjenguk blog aku yang hampir luput ini. Nasib baik aku masih teringat yang aku ini sebenarnya ada memiliki Blog..!

Menjelang 30hb Jun 2011 yang lepas, satu kejadian gempar pada jam 1 pagi telah mengejutkan aku bersama isteri untuk bergegas ke Hospital Umum. Dengan berbekalkan perasaan yang bercampur gemuruh dan gentar, namun pada masa yang sama terselit juga perasaan teruja dan gembira digauli pula dengan keadaan yang tenang dan teratur. Kami pun selamat sampai pada 1:30 pagi dan terus menanti dari saat itu. Sehinggalah keesokan harinya, tepat jam 12:30 tengahari, lahirlah yang ditunggu-tunggu dari awal pagi hingga ke tengahari anak sulungku dengan kelegaaan kesyukuran kepada Allah segalanya berjalan dengan lancar tanpa masalah yang rumit. Maka, naiklah pangkat aku menjadi seorang ayah dan isteriku sebagai ibu yang akan membimbing anak ke jalan yang lebih sempurna.

Hari ini aku nak berkongsi kegembiraan dengan menjamu blog bersama gambar kenangan kelahiran anak sulungku, Hilman Aqil. Rupanya beginilah perasaan menjadi seorang ayah.. Sejuk hati bila melihat keriangan wajah anak sendiri. :)









Kepada semua yang telah memberikan kata-kata semangat dan ucapan tahniah yang tak putus-putus dari keluarga, rakan-rakan, kenalan, yang x berapa kenal mahupun x kenal sekalipun, dan pembaca setia blog ini, ingin ku ucapkan Ribuan Terima Kasih kepada anda semua...

11 April 2011

Helikopter Terhempas Di Dataran Sibu

Helikopter terhempas ketika mendarat selepas hantar rombongan TPM.

Sebuah helikopter yang baru menghantar anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terhempas ketika hendak mendarat di padang berhampiran Wisma Sanyan, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Dimaklumkan bahawa juruterbang pesawat itu cedera parah.

Helikopter milik Sabah Air itu dipercayai terhempas akibat angin kencang.

Gambar diambil dari malaysiakini.com
Petikan di atas tadi diambil dari blog sapa ntah la.. aku sendiri pun tiada di tempat kejadian. Aku tahu perkara tersebut melalui kawan yang bagi info petang tadi sejurus lepas tragedi itu berlaku. Yalah kan, besar mana la Sibu ni kan berita memang senang nak merebak pantas.

Updated 12 Apr 2011: Penulis telah dimaklumkan juruterbang telah meninggal dunia di Hospital Sibu jam 8 malam tadi. Semoga roh nya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

05 April 2011

Betul Ke Nak Berjimat?


Kali ini aku nak menulis tentang perkara yang selalu orang ambil serius, ada juga sesetengah kita yang anggap remeh atau terlepas pandang, tidak terlepas juga ada yang ambil tak peduli, tetapi selalu menjadi perhatian pada aku atau mungkin orang lain juga ada yang tahu atau perasan. Perkara yang aku maksudkan ialah berkenaan dengan sikap 'Berjimat' dalam segala hal.



Jika ditanya atau disebut dengan secara am, pasti semua orang akan automatik beranggapan istilah berjimat itu berkaitan dengan wang ringgit atau duit. Itu sudah menjadi lumrah manusia suka untuk menyimpan dan menggumpul wang. Kerana di zaman sekarang, 80% kehidupan seseorang memerlukan wang untuk terus hidup di muka bumi yang penuh kemodenan ini.

Tetapi, sedarkah anda konsep berjimat ini tidak semestinya pada wang semata-mata? Di sini, aku akan menerangkan perkara yang berkaitan dengan diriku dan orang sekitarku seperti kawan atau rakan, keluarga, samada kenalan atau orang yang aku tak kenal yang jadi perhatian aku. Awal aku menerangkan perkara yang akan aku terangkan bukanlah bermaksud untuk memuji diri, ia adalah sekadar untuk info dan renungan kita bersama kerana diriku pun bukanlah insan 100% sempurna.

1- Kredit Telefon
Perkara pertama yang aku sentuh ialah kredit telefon anda dan nombor telefon itu sendiri. Berapa kerapkah anda mengisi atau top-up kredit telefon mudah alih anda? Ada berapa banyak kah nombor anda? Ini bukan tentang jumlah anda membeli atau mengisi, tetapi jumlah yang anda guna atau tolak dari kredit telefon. Untuk pengetahuan anda, terus terang seumur hidupku menggunakan telefon mudah alih, hanya sekali bertukar nombor(dari post-paid ke pre-paid) dan hanya sekali kredit mencecah '0'. Perkara yang tak dapat di elak hanyalah tempoh tamat, tetapi kredit tetap ada. 8 tahun aku gunakan nombor yang sama. Namun dari pemerhatian aku terhadap orang sekitarku, top-up atau reload adalah menjadi rutin sehinggakan pernah beberapa kenalan kerap kali dalam sehari baru saja isi pagi, petang dah isi semula. Bayangkan berapa ringgit dah habiskan pada penggunaan telefon?

2- Minyak Kenderaan
Salah satu faktor wang kita cepat berkurangan ialah kita membuatkan ia mengalir begitu sahaja seperti minyak yang tumpah. Mengapa minyak tumpah? Memandu kenderaan atau motorsikal ke destinasi yang tanpa hala tuju adalah seperti juga ibarat kita membiarkan minyak itu ditumpahkan ke tanah begitu sahaja. Ini sebenarnya adalah daripada pengalaman penulis sendiri. Dulu memanglah semasa jiwa masih muda, asyik bermotosikal atau kereta suka meronda di bandar tanpa hala tuju sengaja hanyak untuk mengisi masa lapang. Sekarang dah pandai fikir pula nak berjimat kerana tanggungjawab dah bertambah. Bila difikirkan balik kalau kumpul belanja minyak kenderaan yang dibazir, boleh beli sebuah lagi kereta.

3- Sabun Mandi
Oh, ini bukan tajuk lagu tapi memang hakikat kebanyakkan kita tidak menghiraukan atau tak perasan tentang pembaziran melalui perkara ini. Jadi, kebiasaan kita apabila mandi, cuci tangan, cuci pinggan, cuci-cuci, sebolehnya nak guna sebotol habis terus. Nak bersih la katakan. Tapi sebenarnya sabun memang diciptakan untuk membersih walaupun dalam kuantiti yang sedikit, bukanlah setitik, tapi setompok bersaiz 50sen pun dah memadai. Aku pernah melihat orang guna sabun jenis pressure(tempat cuci tangan) di kedai makan, tekan 3 hingga 5 kali mencurah-curah sabun di tangan. Apa pula cerita ni nak bersih ke nak main sabun? Sebotol sabun biasa 1 liter dalam RM10 - RM20 boleh habis dalam 3 hari kalau selalu digunakan begitu.

4- Ubat Gigi
Mungkin pelik bunyinya, tapi inilah yang aku selalu perhatikan. Biasanya kalau aku letak ubat gigi pada berus ketebalan hanyalah dalam 10mm - 20mm. Tapi kan ada juga orang letak kalau boleh 1 inci tebal ubat gigi pada berus. Ubat gigi sekarang bukannya murah lagi kan.

Macam ini pun dah boleh bersih gigi


Perkara lain yang kita anggap remeh tapi sebenarnya menjadi sumber pembaziran:

- Kertas tulis
    tulis / conteng sikit bahagian, buang sekeping.
- Masking Tape (selotep)
    bungkus habis setiap penjuru sampai tak nampak lagi bungkusan.
- Kertas tisu
    lap tangan tapi berkeping-keping tarik dari kotak, 2 keping pun dah boleh kering kot.