05 April 2011

Betul Ke Nak Berjimat?


Kali ini aku nak menulis tentang perkara yang selalu orang ambil serius, ada juga sesetengah kita yang anggap remeh atau terlepas pandang, tidak terlepas juga ada yang ambil tak peduli, tetapi selalu menjadi perhatian pada aku atau mungkin orang lain juga ada yang tahu atau perasan. Perkara yang aku maksudkan ialah berkenaan dengan sikap 'Berjimat' dalam segala hal.



Jika ditanya atau disebut dengan secara am, pasti semua orang akan automatik beranggapan istilah berjimat itu berkaitan dengan wang ringgit atau duit. Itu sudah menjadi lumrah manusia suka untuk menyimpan dan menggumpul wang. Kerana di zaman sekarang, 80% kehidupan seseorang memerlukan wang untuk terus hidup di muka bumi yang penuh kemodenan ini.

Tetapi, sedarkah anda konsep berjimat ini tidak semestinya pada wang semata-mata? Di sini, aku akan menerangkan perkara yang berkaitan dengan diriku dan orang sekitarku seperti kawan atau rakan, keluarga, samada kenalan atau orang yang aku tak kenal yang jadi perhatian aku. Awal aku menerangkan perkara yang akan aku terangkan bukanlah bermaksud untuk memuji diri, ia adalah sekadar untuk info dan renungan kita bersama kerana diriku pun bukanlah insan 100% sempurna.

1- Kredit Telefon
Perkara pertama yang aku sentuh ialah kredit telefon anda dan nombor telefon itu sendiri. Berapa kerapkah anda mengisi atau top-up kredit telefon mudah alih anda? Ada berapa banyak kah nombor anda? Ini bukan tentang jumlah anda membeli atau mengisi, tetapi jumlah yang anda guna atau tolak dari kredit telefon. Untuk pengetahuan anda, terus terang seumur hidupku menggunakan telefon mudah alih, hanya sekali bertukar nombor(dari post-paid ke pre-paid) dan hanya sekali kredit mencecah '0'. Perkara yang tak dapat di elak hanyalah tempoh tamat, tetapi kredit tetap ada. 8 tahun aku gunakan nombor yang sama. Namun dari pemerhatian aku terhadap orang sekitarku, top-up atau reload adalah menjadi rutin sehinggakan pernah beberapa kenalan kerap kali dalam sehari baru saja isi pagi, petang dah isi semula. Bayangkan berapa ringgit dah habiskan pada penggunaan telefon?

2- Minyak Kenderaan
Salah satu faktor wang kita cepat berkurangan ialah kita membuatkan ia mengalir begitu sahaja seperti minyak yang tumpah. Mengapa minyak tumpah? Memandu kenderaan atau motorsikal ke destinasi yang tanpa hala tuju adalah seperti juga ibarat kita membiarkan minyak itu ditumpahkan ke tanah begitu sahaja. Ini sebenarnya adalah daripada pengalaman penulis sendiri. Dulu memanglah semasa jiwa masih muda, asyik bermotosikal atau kereta suka meronda di bandar tanpa hala tuju sengaja hanyak untuk mengisi masa lapang. Sekarang dah pandai fikir pula nak berjimat kerana tanggungjawab dah bertambah. Bila difikirkan balik kalau kumpul belanja minyak kenderaan yang dibazir, boleh beli sebuah lagi kereta.

3- Sabun Mandi
Oh, ini bukan tajuk lagu tapi memang hakikat kebanyakkan kita tidak menghiraukan atau tak perasan tentang pembaziran melalui perkara ini. Jadi, kebiasaan kita apabila mandi, cuci tangan, cuci pinggan, cuci-cuci, sebolehnya nak guna sebotol habis terus. Nak bersih la katakan. Tapi sebenarnya sabun memang diciptakan untuk membersih walaupun dalam kuantiti yang sedikit, bukanlah setitik, tapi setompok bersaiz 50sen pun dah memadai. Aku pernah melihat orang guna sabun jenis pressure(tempat cuci tangan) di kedai makan, tekan 3 hingga 5 kali mencurah-curah sabun di tangan. Apa pula cerita ni nak bersih ke nak main sabun? Sebotol sabun biasa 1 liter dalam RM10 - RM20 boleh habis dalam 3 hari kalau selalu digunakan begitu.

4- Ubat Gigi
Mungkin pelik bunyinya, tapi inilah yang aku selalu perhatikan. Biasanya kalau aku letak ubat gigi pada berus ketebalan hanyalah dalam 10mm - 20mm. Tapi kan ada juga orang letak kalau boleh 1 inci tebal ubat gigi pada berus. Ubat gigi sekarang bukannya murah lagi kan.

Macam ini pun dah boleh bersih gigi


Perkara lain yang kita anggap remeh tapi sebenarnya menjadi sumber pembaziran:

- Kertas tulis
    tulis / conteng sikit bahagian, buang sekeping.
- Masking Tape (selotep)
    bungkus habis setiap penjuru sampai tak nampak lagi bungkusan.
- Kertas tisu
    lap tangan tapi berkeping-keping tarik dari kotak, 2 keping pun dah boleh kering kot.

No comments: