09 August 2011

Kereta Usang Nilainya Berjuta

Dalam kerajinan mencari maklumat melalui internet, tidak kira apa samada mencari teknik, tips-tips, lagu terbaru, berita mahupun aktiviti semasa, aku terjumpa pula tentang satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Artikel ini sudah lama aku temui dan aku telah save ke dalam folder dokumen sehinggalah hari ini, aku ingin terjemahkan ke dalam blog ini. Semoga para pembaca blog akan mendapat manfaat dan pengetahuan dari entri blog kali ini.

Memang menjadi sesuatu yang berbaloi apabila ada sebuah kenderaan yang berkurun lamanya terbiar di dalam bengkel usang atau simpanan stor telah dijumpai semula -- dan ia telah menjadi barangan sangat bernilai!


Sebagai pembuka artikel dengan apa yang dimaksudkan, sebuah kereta Bugatti Supercharged ini telah diletakkan di dalam garaj oleh pemiliknya pada sekitar tahun 1960'an. Namun dengan sebab yang tertentu ia telah ditinggalkan di situ hampir setengah kurun.
Kemudian pada Febuari 2009, kereta tersebut telah dilelong dan dijual pada harga USD 4.4 juta!

Tapi kenapa boleh terjadi sebuah kenderaan bernilai sehingga 4 juta tidak diketahui sesiapa bertahun-tahun lamanya? Dalam beberapa kes, ada kereta yang tidak berapa dipedulikan oleh pemiliknya pada saat ia disimpan di dalam garaj atau stor dan telah dilupakan. Hanya apabila beberapa puluh tahun kemudian, apabila seseorang yang tahu nilai kereta telah meneroka garaj atau stor tersebut dan menjadi penemuan yang penuh berharga. Apa yang para pencinta kereta tahu, konsep penemuan ini digelar "Barn Find" adalah seperti satu dongeng, tetapi tidak seperti cerita Big Foot atau Duyung, cerita penemuan kereta bernilai ini memang wujud!

Mari kita lihat lagi kereta-kerta lain yang pernah menjadi penemuan berharga dan bersejarah ini.

1964 Shelby Cobra: USD 650,000

Kereta Shelby Cobra ini telah disimpan di dalam sebuah bangsal pada awal tahun 70'an dan sehinggalah pada tahun 2004, kereta tersebut telah dibeli oleh seseorang dan dibaik-pulih oleh pemiliknya. Kereta tersebut telah disenaraikan oleh juru lelong dengan harga antara $525,000 hingga $625,000.

1948 Tucker: USD 800,000

Tucker adalah antara kereta yang susah dijumpai kini. Ia hanya sempat dikeluarkan 51 unit sehinggalah kilang syarikat menghentikan operasi pembuatan pada 1949. Yang dalam gambar ini telah menghabiskan 50 tahun di dalam garaj tanpa diketahui sesiapa. Tidak berapa diketahui mengapa kereta tersebut dibiarkan berkunci di dalam garaj pada 1956, padahal pemilik kenderaan itu ialah diketahui umum seorang peminat Tucker. Sehinggalah saat kematian pemiliknya, garaj tersebut dibuka dan dikeluarkan dengan meter jarak hanya menunjukkan 10,000 batu sahaja perjalanan. Pada jualan lelongan tahun lepas, ia telah dibeli dengan harga $800,000.

1965 Ford GT40: USD 600,000

Ford GT40 Roadster prototaip ini, adalah salah satu dari 5 unit yang pernah dikeluarkan. Ia dianggap telah dijual dengan diasingkan bahagian-bahagiannya sedekad yang lalu. Sehinggalah pada 2006, ia telah diketahui dan ditemui tersadai di dalam gudang di London dengan beberapa bahagian yang semestinya telah hilang. Namun ia telah dibaikpulih dan kini dianggarkan bernilah antara $500,000 ke $600,000. Ia dijangka akan dilelong pada bulan ini.

1953 Ferrari 212 Inner Coupe: USD 660,000

Kereta ini telah ditukarmilik oleh beberapa orang semenjak ia mula-mula dipamerkan di 1953 Turin Motor Show. Akhirnya pada pertengahan tahun 1980'an, ia telah di simpan di sesuatu tempat di barat Amerika. Menurut AM Auctions, ia telah ditinggalkan beberapa tahun. Pada bulan Mac lepas, kereta tersebut telah dijual dengan harga $660,000 di AM Auctions.


1958 Porsche Speedster: USD 150,000

Kereta Porsche Speedster yang berharga ini pernah dijadikan muka depan oleh penulis Tom Cotter, telah dibiarkan sehingga dilitupi oleh habuk pasir selama 30 tahun sehinggalah pemiliknya menjual kereta tersebut pada 2007. Kereta ini telah mencecah $150,000 pada hari ini . Dan nilai ini bukanlah harga setelah ia dibaikpulih. Sesetengah pengumpul kereta lebih gemar membiarkan ia dalam keadaan yang tidak diusik dimana ia digelarkan mereka sebagai telah diawet, atau "Kereta Yang Asli".

Jadi, kepada anda yang memiliki kereta antik atau klasik yang usang pernah dimiliki oleh nenek datuk moyang anda satu ketika dulu, simpanlah atau baik-pulihkan. Siapa tahu jika ia adalah antara golongan kereta yang bernilai jutaan ringgit.

P/s: Motorsikal pun boleh jadi berjuta ringgit ke?

No comments: