Tiada apa yang perlu dirisaukan di dunia ini sebenarnya kerana setiap apa yang berlaku pasti ada penyelesaian dan sebab yang perlu kita cari dan kaji. Mungkin orang selalu menganggap sikap seperti ini adalah negatif atau bak kata orang puteh “just take it for granted” tapi, kadang-kadang perkara yang hendak berlaku atau terjadi memang sudah nak jadi pun walau apa cara sekalipun kita lakukan untuk mengelaknya dari berlaku.
Ia juga adalah salah satu yang perlu kita pelajari dengan sendiri melalui pengalaman dan kejadian yang pasti dan mesti berlaku, kerana semua dalam hidup ini ialah pelajaran yang kita tidak dapat belajar dari orang lain, cikgu ataupun institusi yang paling tinggi sekalipun tidak akan ada matapelajaran untuk menempuhi cabaran dalam kehidupan.
Akhir kata, beranilah untuk tempuhi kehidupan ini tanpa ragu-ragu, jika mahu terus hidup di dunia yang penuh pancaroba ini. Kerana itulah realiti kehidupan.
Sekian..
No comments:
Post a Comment