Okay, tanpa membuang masa, teruskan ke review tentang Blitz 1941 ini. Ianya adalah sebuah game dihasilkan oleh developer dari Korea, dan pernah menutupkan server untuk jangka masa yang tertentu sehinggalah kini dibuka kembali melalui server yang baru atas permintaan peminat game tersebut. Untuk pengguna pertama, anda perlulah register untuk Username dan password untuk Login ke game tersebut. Username itu akan digunakan untuk mengenalpasti pemain yang ada dalam game itu nanti. Bolehlah daftar di http://www.twowar.com/ untuk Username dan Password anda di sana.
Game ini bertemakan perang dunia ke-2, dimana ia berlaku semasa pertarungan German dan Soviet pada masa itu. Anda akan diberi pilihan sama-ada anda join German atau Soviet untuk pertama sekali anda menggunakan User anda. Dan ia hanya sekali pilihan saja.
Map pilihan kawasan perang mengikut level anda |
Dari segi grafik, saya boleh katakan 8 / 10. Oleh kerana game ini menggunakan talian online, ia perlulah sejajar dengan kelajuan internet dan komputer anda. Jika grafik terlalu tinggi, mungkin susah hendak dimain kerana keperluan hantaran data yang sangat tinggi melalui internet. Jika offline tidak mengapa jika grafik tinggi. Namun begitu, ini adalah antara game online yang tinggi grafiknya.
Saat pertarungan antara pemain dalam Blitz 1941 |
Gaya permainan adalah mudah dipelajari dan ia juga menyediakan Tutorial bagi pemain beginers. Sekiranya anda tahu tentang Dota (Warcraft) anda akan tahu corak permainan game ini juga. Namun dalam game Dota, anda akan mengatur watak anda untuk satu-satu sesi dan tiada perkara yang kekal. Setelah selesai dan anda quit, untuk bermain lagi akan terpaksa mengatur kembali watak anda dari mula. Tetapi Blitz 1941, anda akan mengatur Tank anda dan ia akan kekal walaupun anda sudah keluar dari game.
Inilah yang menarik tentang game ini. Modification dan Upgrades. Saya memang suka apa sahaja perkara yang melibatkan ubahsuai dan upgrades. Anda boleh mengatur segala ubahsuai Tank anda untuk mengikut citarasa dan ciri-ciri yang sesuai dengan corak permainan anda. Anda boleh beli, trade-in Tank anda, beli peralatan untuk dipasang sperti Armor, Oil pump dan macam lagi dan ia ada kegunaan masing-masing untuk menjadikan Tank anda sehebat atau lebih hebat dari musuh.
Weapon Shop untuk beli, ubahsuai dan upgrade tank anda |
Baiklah, sampai disini sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca review saya kali ini. Kepada kaki game di luar sana, bersedialah untuk menceburi pertarungan yang hebat di dalam Blitz 1941!
No comments:
Post a Comment