18 September 2010

Confused Life Changing Events

Salam semua pembaca, hari ini aku nak becerita tentang isi hati yang selama ini terpendam terperam tenggelam di dasar hatiku ini. Selama ini aku memang biarkan saja ia kerana malas hendak memikirkan keadaan yang berlaku kerana saya anggap ia hanyalah perkara biasa dan akan hilang atau dapat diatasi begitu sahaja cuma masa yang menentukannya. Tapi ia asyik datang bermain di dalam mindaku ini.

Aku rasakan mungkin setiap manusia akan mengalami situasi yang sama seperti yang aku rasa sekarang. Ataupun tidak? Mungkinkah orang yang tertentu sahaja yang akan merasakan perkara ini? Adakah aku 1 dalam 90 ribu orang? Apapun yang difikirkan, sememangnya mengelirukan minda yang sedang berfikir.

Aku terbaca satu artikel dalam internet berbunyi "..kehidupan kita dibentuk melalui kejadian perubahan dalam kehidupan - iaitu perkara yang tidak akan berlaku sama lagi. Ada perubahan ke arah yang bagus, ada juga perubahan ke arah yang tidak baik. Tapi apa pun antara keduanya, ia merubah kehidupan anda! Kadang-kadang ia berjalan lancar, tapi kebanyakannya akan memberi haluan kita sesat, hilang arah dengan tanpa hala tujuan.." Artikel tersebut telah memberi aku jawapan yang aku tidak tahu apakah sebenarnya yang berlaku atas diriku selama ini.



Artikel pendek yang anda baca itu tadilah yang telah dihadapi aku saat ini. Seperti sebelum ini, aku memiliki kehidupan yang sangat berlainan dari sekarang. Aku memang maksudkan SANGAT berlainan. Segala keputusan terletak di tanganku sendiri samada mahu atau tidak mahu, apa sahaja yang aku lakukan tidak dinilai oleh sesiapa, akibat baik atau buruk berlaku aku sendiri yang terima dan tanggung, tiada siapa pun yang ambil peduli apa yang aku ingin tentukan dan lakukan.

Namun sekarang semuanya telah berubah. Bukannya maksud aku tidak mahu berubah, tapi perubahan ini terlalu ketara dan singkat membuatku terasa bahang perubahan kehidupan ini. Segala yang berlaku atau yang aku ingin lakukan terpaksa dipastikan benar-benar adakah perlu atau tidak, apa yang aku ingin lakukan semua bukan keputusan penuh oleh aku namun bukan kerana disuruh oleh sesiapa, tapi aku sendiri yang menyekat keadaan aku seperti ini. Kerana sekarang apa-apa yang berlaku atau akibat bukan aku sendiri sahaja yang merasa, tetapi orang persekitaran aku. Seperti sebelum ini, aku hidup dalam orang-orang yang tidak endahpun apa yang masing-masing lakukan ibarat sendiri buat sendiri tanggung, tapi sekarang aku berada dalam persekitaran orang-orang yang sangat mengambil berat atas apa yang masing-masing lakukan.

Aku masih janggal dengan keadaan seperti ini. Segalanya telah membuatku semakin jauh dengan apa yang aku lalui selama ini. Kehidupan sosialku semakin jauh, aku hidup jauh dari kenalan atau rakan, tiada komunikasi dengan orang luar seperti dulu, rutinku telah berubah atau semakin ditinggalkan seperti kehidupan muzik ku, gitarku sudah lama tidak disentuh, aktiviti jamm session aku sudah tidak dikuti, aku sudah tidak tahu lagi perkembangan dunia persekitaran ku apa yang berlaku terhadap orang-orang yang aku kenal, aku ibarat hidup di dunia perantauan tapi di tempat sendiri. Dulu aku hidup dengan mengejar sesuatu sasaran, cita-cita, impian dan keinginan. Tapi kini dalam minda aku berkata aku memang tidak mampu lagi untuk memiliki impian, cita-cita atau sesuatu untuk dicapai dalam hidup kerana keadaan persekitaranku yang telah terbatas dan terhad. Apa yang berlaku, adalah atas apa yang dilakukan untuk saat itu semata-mata, tiada lagi kesanggupan mengharungi risiko untuk mencapai sesuatu yang diinginkan. Kini, maksud pencapaian dalam diriku adalah mengatasi apa yang berlaku untuk hari itu dan hari esoknya adalah kisah yang lain untuk dilalui. Maknanya aku hanya perlu mengatur kehidupan untuk apa yang berlaku sekarang, bukan masa depan.


Aku tahu, tiada siapa pun yang akan faham perasaan aku ini. Mungkin ada sesetengah yang membaca artikel ini akan dapat membuat kesimpuan yang mudah atau mengkritik apa yang aku rasakan ini. Aku tidak faham orang yang suka mengkritik apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan baca. Bagi mereka semua perkara mudah sehinggalah mereka sendiri yang mengalaminya. Saat itulah baru orang akan faham situasi.

Sampai di sini sahaja penulisan aku kali ini. Diharap aku akan dapat melalui perubahan hidup yang aku alami ini dengan lancar. Amin

2 comments:

cokobee said...

hai sri..aku paham eh apa yg ko rasa. bukan mudah..mungkin tok perasaan bermusim..insyaAllah kehidupan yg ada nektok lebih baik untuk ko sebenarnya..siapa tauk oh..rahsia Allah...

Askry said...

thanks sudi komen aya.. perasaan masing2 berbeza.. ada org xkesah ada org kesah.. tapi apa2 pun memang ada hikmah semua apa yg berlaku kan.. aku just meluahkan ajak bukan merungut..