11 January 2011

Internet Dalam Sejarahku

Masih ingatkah anda bilakah masa anda mula berjinak dengan dunia internet? Mungkin kebanyakkan dari kita sekarang pengguna internet baru dua atau tiga tahun kerana sekarang penggunaan internet memang mudah didapati dan digunakan sehingga budak tadika pun pandai malah ada akaun facebook lagi(hehe).

Tetapi bagi yang bermula sudah bertahun lamanya(macam penulis) pasti ada memori yang mengingatkan kita kembali bagaimana seronoknya mendapat pengalaman baru menyelam di dunia internet ini. Sedangkan pada masa itu internet adalah sangat jarang didapati dan adapun agak mahal perkhidmatan pada waktu itu.

Di sini, penulis akan mendedahkan kembali nostalgia penulis dengan software dalam pengalaman baru menjenguk internet untuk kita sama-sama mengenang memori silam di dalam dunia maya internet. Enjoy..

Pada masa itu, OS yg digunakan adalah Win98 dan seterusnya WinMe. Penulis memang sudah menggunakan komputer semenjak Win 3.1 dan Win95(pertama kali Windows dengan GUI dan user friendly) tetapi belum pernah menerokai dunia internet pada masa itu.

Setelah tahun 1998(masa tu form 5) barulah bermula era jelajah internet(masa itu perkhidmatan dari Jaring). Selain melayari internet di rumah, masa itu juga CyberCafe diperkenalkan kepada umum dan konsepnya masih kepada asal(ada bar minuman dan makanan ringan dengan beberapa meja diletakkan PC).

Berikut adalah bentuk dan rupa wajah software, aplikasi dan web pada masa tersebut:

Netscape
Inilah browser yang digunakan penulis pertama kali untuk surf internet.

MiRC
Aplikasi yang pertama digunakan untuk borak(chatting) bersama kenalan dunia maya.

ICQ
Ini pula aplikasi yang pertama diketahui oleh penulis sebagai instant messenger.

Yahoo! dan Google!
Website search engine yang digunakan mula-mula pada masa itu(design dulu sempoi).

Hotmail
Perkhidmatan e-mail yang pertama digunakan oleh penulis.


No comments: