19 August 2010

Memulakan Baru Perkara Yang Bukan Baru

Lama juga sudah saya tidak melawat blog sendiri. Bukan apa, kerana saya kebelakangan ini sibuk dengan kajian dan belajar kembali cara-cara untuk menjana pendapatan lumayan. Pendapatan yang saya maksudkan ialah melalui internet, tidak perlu susah-susah keluar ke sana ke mari untuk mencari rezeki.


Oh ya, saya sebenarnya memang sudah lama menceburi bidang ini, cuma saya kurang aktif sebab perkara diluar talian(offline) lebih banyak dilakukan berbanding dengan dalam talian(online). Yelah, semenjak mempunyai isteri, mestilah sibuk mencari nafkah macam biasa. Saya terpaksa kurangkan aktiviti online, walaupun masih juga online tapi kurang.


Nak dicerita sikit tentang pendapatan online ini, saya memang sudah belajar dan kaji sebelum ini. Memang nampak juga hasil walaupun belum memuaskan. Maksudnya, perkara ini memang benar belaka. Cuma jalan yang teratur kita belum ada lagi. Sepanjang pengalaman saya menceburi bidang mencari duit online, hanya satu saja yang benar-benar nampak hasil, iaitu 'Google Adsense' atau iklan melalui Google. Yang lain memang ada juga tapi lambat seperti Paid-to-Click, Paid-to-Read, dan sebagainya. Cara terbaru yang saya akan ceburi ialah menjual produk atau menjadi Affiliate kepada produk sedia ada (nantilah saya akan jelaskan dalam perjalanan seterusnya).

Ok.. Berkenaan Google Adsense tadi, ianya berkonsepkan kita sebagai orang tengah Google untuk menayangkan iklan dari syarikat lain di dalam website yang kita miliki. Kemudian kita akan dapat komisyen apabila pengunjung website kita klik pada iklan. Mudah bukan? Tapi tidaklah semudah yang disangka, kerana Google Adsens mempunyai Terma Dan Syarat mereka. Diulangi, TERMA DAN SYARAT (Terms & Conditions). Namun, selagi kita tidak melanggar terma dan syarat tersebut, ia memang boleh menjana pendapatan walaupun tidak berjuta-juta, tapi ia BOLEH MENJANA WANG.


Lihatlah pendapatan saya selama ini:
Saya memang terpaksa menconteng bahagian tertentu kerana ia melanggar Terma & Syarat mereka untuk mendedahkan bahagian tersebut. (saya pun tidak mahu akaun saya dibekukan, dah hampir usd100 dah tu!)

Ada banyak lagi cara sebenarnya nak menjana pendapatan. Bukan Adsense sahaja, tetapi saya hendak berpesan dahulu, AWAS! banyak juga penipu di dalam internet seperti juga di luar internet! Penipu memang berada dimana sahaja. Jika mahu tidak tertipu, belajarlah, banyak membaca dan banyak buat kajian! Jangan main serbu je..

Whew.. panjang juga saya menulis untuk kali ini. Jadi, bermula hari ini, saya akan menulis perjalanan saya sedikit demi sedikit berkenaan kajian saya untuk mencari jalan menjana pendapatan melalui internet (adalah campur juga cerita lain yang berlaku di sekitar). Mudah-mudahan saya akan berjaya seperti mereka yang sudah berjaya! Amin...

13 August 2010

Kejadian baru di kereta baru



Hari ini aku nak cerita satu kisah di mana sesuatu telah terjadi dan menimpa dalam minggu lepas.
Nak dijadikan cerita mungkin aku perlu pendekkan saja kerana mataku ini sudah layu, sayu, haru, kelu, tunggu untuk masuk tidur. Jam pun dah menandakan pukul 1:30 pagi. Jadi ceritanya begini, minggu lepas, aku dan isteri baru sahaja mengambil sebuah kereta yang telah ditempah oleh isteriku yang ingin untuk memiliki kereta baru. Kereta yang disebutkan itu ialah model dari Proton, kira model baru juga lah. Persona Elegance 1.6 Campro IAFM… nak nampak gempak sikit letak jenis enjin walaupun taklah segempak mana. Sekurangnya aku bangga dengan kejayaan Malaysia negaraku yang tercinta mencipta enjin kereta buatan sendiri berbanding ada negara yang satu pun tak pernah buat kereta.

Inilah Kereta Baruku
Inilah Kereta Baruku




Setelah kereta tersebut diserahkan kepada kami berdua pada hari Jumaat itu, keesokan harinya aku pergilah ke kedai aksesori kereta untuk mengelapkan cermin kereta tersebut. Maklumlah, memang sudah trend peminat kereta perkara sertama sekali dalam minda ialah untuk melekatkan ‘tinted’ pada cermin kereta yang tercinta. Memang nampak ‘smart’ dan ekslusif bila cermin kereta dilekatkan ‘tinted’ terutama apabila ia dari jenis yang gelap.

Tetapi, malang tidak berbau kata orang, kereta tersebut dengan tidak sengaja telah berlanggar dengan kereta lain yang diletakkan di luar premis kedai oleh pekerja mereka. Ia berlaku apabila pekerja kedai hendak membawa keluar kereta itu dari kedai selepas selesai melekap ‘tinted’ pada cermin kereta. Namun, mungkin kakinya terkebas atau terkejut atau terkaku atau teringin hendak menekan minyak, telah menyebabkan kereta terlajak terus menghempap kereta di luar. 
Untuk pengetahuan anda, kereta yang dilanggar itu ialah Toyota Harrier. Memang calar sikit sahaja. Aku pun terkejut katak macam betul ke tak, yelah kan, kereta baru ambil semalam, harini dah kena lanyak. Nasib baik tauke kedai memohon maaf atas kejadian tersebut dan berjanji akan membuat gantirugi pada kerosakan kereta aku. Mulanya mereka nak bawa kedai yang mereka pilih, tapi aku memang lah mintak bawak pergi pusat servis proton yang sah. Nasib baik salesman yang jual keta aku tue support aku jugak. At last, kereta aku diganti dengan bumper baru, safety bar baru dan grill baru. Tidak lupa juga ‘plate number’ baru. Tengah tunggu stok tempahan dari Proton baru boleh tukar. Masa ni pakai dulu lah bumper calar tu. 

Jadi, itulah dia kisah yang berlaku dimana kejadian baru di kereta baru. Sekian, Terimakasih kerana sudi membaca.
Hampir kena radiator!
Pekerja EON tgh check keadaan kereta

Interior Kereta Idaman Anda


Hari ini, saya nak post gambar-gambar interior kereta idaman bagi semua orang(mesti ada sekurangya satu dalam senarai ini) untuk tatapan anda semua. Oleh kerana tak mampu nak beli, sekurangnya tahu bagaimana rupa dalaman kereta yang ‘Tip-Top’ sepanjang zaman kan? Semoga terhibur!
p/s: Gambar dalam senarai tidak mengikut mana2 urutan. Ia berdasarkan mana yg dahulu ditemui oleh penulis.
HONDA CIVIC R
HONDA CITY
 
HONDA STREAM
TOYOTA CAMRY
TOYOTA SUPRA
NISSAN SKYLINE GTR
MITSUBISHI LANCER
BMW M5
BMW M3
MINI COOPER 2009  (request by my sister)
FORD GT
FORD GT
MERCEDES SLK
MERCEDES CLK
FERRARI 599 GTO
LAMBORGHINI GALLARDO
ASTON MARTIN DBS (Kereta James Bond)
CHEVROLET CORVETTE C6
MAZDA RX8

Satu Permulaan Yang Baru


Salam semua pembaca,
Ini sebenarnya adalah pertama kali saya membuat blog! Sebelum ini saya selalu mendengar dan melihat sahaja orang lain mempunyai blog sendiri dan saya mungkin belum berminat untuk memiliki blog sendiri. Mungkin kerana saya adalah seorang yang malas untuk menulis dan meng’update’ sesuatu dengan kerap. Saya lebih selesa dengan sesuatu yang saya buat hanya sekali tetapi hasil atau perjalananya berpanjangan. 
Seperti sebelum ini saya memang sudah menghasilkan website dan page yang hanya perlu dilakukan dan ditulis sekali sebulan, atau sekali setahun! Sepanjang pengalaman saya menghasilkan laman web, memang sambutan cukup memuaskan walaupun tidak memberangsangkan, tapi saya berpuas hati atas respon yang diberikan oleh pengunjung yang datang ke laman saya. Ini kerana saya membuat laman web yang berunsurkan pendidikan atau pelajaran dalam sesuatu perkara. Contoh satu web yang saya telah hasilkan:
 http://www.kodgitar.webs.com <– sekiranya sudi, lawatlah sekarang! hehe..
Walau apa pun, saya kini sudah memiliki blog sendiri dan mungkin tengah mencuba-cuba dan memerapkan diri untuk meminati dalam penghasilan blog ini. Lagipun saya bukanlah pandai atau pakar dalam bidang penulisan, jadi saya akan cuba untuk menulis dengan perkara yang mudah difahami oleh pembaca. Sampai sini saja untuk hari ini, sekian.