Apa yang telah terjadi? Sebenarnya, alasan perempuan untuk menarik diri berbeza mengikut sikap perempuan itu sendiri. Hari ini, kita berbincang dengan pakar dalam perhubungan serta kajian pada para perempuan berkenaan 5 punca perempuan menghilang diri dan ini agar boleh jadi rujukan pada lelaki untuk mengelak dari anda kecewa dalam perhubungan.
Alasan 1: Ingin Mendapat Pinangan Dari Pasangan
"Selepas beberapa bulan, perempuan yang berfikiran komited akan benar-benar membuat persediaan untuk melihat adakah anda sedang usahakan menuju ke alam perkahwinan." Kata Ian Kerner, Ph.D Penulis buku 'Be Honest-You're Not That Into Him Either'. Jika dia telah memutuskan bahawa anda tiada sifat tersebut, dia lebih rela berundur dari membazirkan waktu dan terus pergi dari hidup anda.
Alasan 2: Seseorang Lebih Baik Telah Memintas
Kebenaran menyakitkan, namun kadangkala perempuan akan mendapat tawaran yang lebih baik dari orang lain. Pakar dalam perhubungan, Elizabeth Kuster, penulis buku 'Exorcising Your Ex' berkata perkara ini sering terjadi pada kita terutama pada pasangan dalam talian(jarak jauh) atau internet(online dating).
Alasan 3: Perasaan Asmara Telah Menurun
Sesetengah perempuan yang romantis, memang akan mabuk dilamun cinta yang masih baru pada waktu awal musim percintaan. Namun, setelah tempoh terlalu lama dan perasaan itu semakin surut, mereka akan kehilangan minat. Ini adalah sebenarnya semulajadi, tapi bagi yang berjiwa cinta mendalam, perhubungan mereka akan boleh berterusan. "Hubungan akan terganggu setelah tiba waktunya lelaki merasa selesa melepaskan gas atau mengorek hidung di depan saya," Kata Jill Parkinson, yang ditemuduga. "Saya ingin teman lelaki yang boleh membuat saya kagum, bukan sebagai teman yang berkelakuan sebarangan."
Alasan 4: Belum Bersedia Untuk Lebih Serius
Anda memang baik.. tapi mungkinkah aku boleh dapatkan yang lebih baik lagi? Mungkin bunyi agak kasar tapi soalan seperti ini sering bermain di minda perempuan sehinggalah mereka memutuskan untuk mencari di mana atau siapa yang lain di luar sana. Elizabeth Kuster berkata, "Para wanita akan berfikir, si dia adalah orang yang baik, tapi adakah dia yang terbaik?"
Alasan 5: Secara Tak Langsung Menyinggung Perasaannya
Perempuan sering mempunyai senarai yang tersimpan dalam hati mereka tentang sikap atau sifat pasangan yang perlu dielak. Dan jika anda adalah yang melakukan salah satu dari senarai tersebut, dia mungkin akan angkat kaki bersedia untuk beredar. "Mungkin bagi anda hanya melakukan perkara kecil seperti membahagikan bayaran setelah makan malam - membuatkan dia terasa tidak dilayan dengan sempurna," kata Dr. Kerner, "Malah dia akan terus beredar tanpa berkata sebab, dari berbincang tentangnya." Oleh kerana sikap perempuan adalah berubah-ubah, ia membuatkan hampir mustahil untuk lelaki meramal apakah perkara yang boleh membuatkan mereka tersinggung.
Kesimpulan
Berita baiknya, sebenarnya ada cara untuk membendung perkara ini terus terjadi: Jika anda perasan bahawa pasangan anda mula bersikap pelik apabila anda berbuat sesuatu, bertanyalah tentangnya. Jika dia mengaku yang dia terasa apabila anda membahagikan bil apabila membayar makan malam sebagai contoh tadi, anda boleh bawa berbincang jika ada sebab tertentu anda berbuat demikian. Manalah tahu sejarah teman lelaki dia sebelum ini adalah seorang yang tidak mampu menanggungnya malah menjadikan dia sebagai sumber kewangan dan dia tidak mahu berulang kembali. "Jika anda berdua boleh berkomunikasi dengan baik tentang apa yang berlaku, ia adalah petanda yang baik," kata Elizabeth Kuster. "Selagi anda berdua boleh bersikap terbuka dan jujur, anda berada di garisan yang betul."
Gambar Hiasan |